Juruterbang kepada helikopter yang terhempas di kawasan Hutan Simpanan Chikus, Tsz Kin Richard Chan masih hidup sekitar jam 8 pagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.<br /><br />Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata kenyataan awal beliau mengenai nasib juruterbang itu berdasarkan maklumat dan transkrip audio yang diterima dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
